Di dalam dunia yang bergerak dengan pantas, ianya penting untuk menguji produk dan perkhidmatan dalam perlumbaan yang paling mencabar. PETRONAS terus mempertahankan keunggulannya dalam apa jua bidang untuk mencapai piawaian dalam industry ini. Di laman ini, kami berkongsi lebih lanjut mengenai rakan kongsi kami, perlumbaan terulang ini, dan matlamat kami untuk menjadi yang terbaik dalam apa yang kami lakukan.
Dengan kemenangan sebanyak lapan kali berturut-turut dalam World Constructors' Championship bersama pasukan Mercedes-AMG PETRONAS, kami mempunyai rekod prestasi terbukti yang cemerlang dalam bidang teknikal dan inovasi.
Kerjasama sukan permotoran kami membantu untuk memperkuatkan tawaran Fluid Technology Solutions™, membantu kami untuk memberikan prestasi yang terbaik di dalam trek dan jalan raya.
Sebagai sebahagian daripada rakan perkongsian, PETRONAS Lubricants International menyediakan minyak pelinciran terkini dan sokongan teknikal untuk memastikan prestasi optimum kepada pasukan Átila Abreu of the Pole Motorsport untuk sesi 2024 Stock Car di Brazil.
Semenjak 2022, PETRONAS telah menjadi penaja utama bagi Grand Prix of Malaysia pembekal bahan bakar rasmi bagi menyediakan PETRONAS PRIMAX bahan bakar perlumbaan kepada Kumpulan Moto2™ dan Moto3™
Energica Motor Company, pemimpin global dalam motosikal elektrik berprestasi tinggi dan integrasi sistem EV, telah bergabung dengan salah satu terbesar di dunia, PETRONAS LUBRICANT INTERNATIONAL, untuk mengambil peranan sebagai penaja utama untuk Energica Industrial Partner dan Energica's Eacing America pada musim 2024.
Energica kini menyokong pasukan Tytlers Cycle Racing dengan pengetahuan yang amat berhaga dan jentera yang luar biasa dalam Kejohanan Kebangsaan Roland Sand Design's Super Hooligan, sebagai sebahagian daripada siri MotoAmerica. Energica adalah satu-satunya pengeluar elektrik yang bersaing bersama pemain ICE (Internal Combustion Engine) yang lain untuk musim penuh.
PETRONAS telah menjadi penaja utama bagi Pasukan MIE Racing Honda dalam Kejohanan Dunia FIM Superbike 2023. Pasukan ini akan bersaing dengan pelumba Hafizh Syahrin dan Eric Granado dalam World Superbike dan buat pertama kalinya, pasukan Supersport bersama pelumba Tarran Mackenzie dan Adam Norrodin. Kerjasama ini bertujuan untuk membangunkan bakat rakyat Malaysia dan pada masa yang sama mempromosikan Fluid Technology Solutions™ dalam industri sukan permotoran.
Sila gunakan alat mudah kami di bawah untuk mengenal pasti minyak enjin terbaik untuk kereta anda.